TBC: 120,000 kenderaan masuk Melaka - Utusan Malaysia

TBC: 120,000 kenderaan masuk Melaka

ABDUL MAJID Mohd. Ali ketika dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 120,000 buah kenderaan dijangka masuk ke Melaka bermula esok sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, susulan itu, sebuah jawatan kuasa khas bertindak ditubuhkan untuk memantau 12 lokasi berisiko kemalangan di seluruh negeri. 

Katanya, pasukan itu juga bertanggungjawab memastikan aliran trafik berjalan lancar demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya. 

“Kita jangkakan sebanyak 120,000 kenderaan masuk ke negeri ini dalam tempoh tiga hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.  Melihat jumlah tinggi kemasukan, kita telah wujudkan pasukan task force untuk memantau lalu lintas 12 lokasi berisiko kemalangan iaitu lima dalam daerah Melaka Tengah, Jasin (tiga) dan Alor Gajah (empat),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Op Selamat 17, beliau berkata, operasi itu dilaksanakan bagi mengurangkan kes kemalangan maut jalan raya. 

“Kes kemalangan maut mencatatkan penurunan sejak dua tahun lalu dan kita berharap usaha ini dapat mengurangkan terus angka tersebut terutama pada musim perayaan.  Kita akan menempatkan seramai 14 pegawai dan 170 anggota di semua 12 lokasi yang dikesan kerap berlaku kemalangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.