PLKN asing pelatih wanita, lelaki di dua kem berbeza

PLKN asing pelatih wanita, lelaki di dua kem berbeza

Seorang pelatih wanita dihantar keluarganya mendaftar masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem Rejimen Askar Wataniah, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 344 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 melapor diri untuk menjalani latihan selama 45 hari bermula semalam sehingga 24 Jun 2025.

Seramai 206 pelatih lelaki dan 138 pelatih wanita masing-ma­sing melapor diri semalam di Kem Rejimen 505 (AW), Pekan, Pahang dan Kem Rejimen 515 (AW), Jalan Buku Lima, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Ya’cob Samiran berkata, mereka telah melaksanakan penambahbaikan dengan menga­singkan pelatih mengikut jantina di dua kem berbeza namun mengekalkan modul latihan yang sama iaitu merangkumi 30 peratus elemen kenegaraan dan 70 peratus elemen asas ketenteraan.

“Bagi mana-mana pelatih yang telah terpilih tetapi belum me­lapor diri di kem yang ditetapkan, mereka masih berpeluang untuk hadir melapor diri sehingga 16 Mei ini sebelum pukul 12 tengah hari.

“Pelatih yang gagal untuk melapor diri pada tarikh dan masa berkenaan, mereka boleh dirujuk ke Bahagian Undang-Undang selaras dengan Seksyen 18 (1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, JLKN menggesa mana-mana pelatih yang te­lah terpilih untuk terus melapor diri di kem-kem berkenaan.

Sebelum ini, seramai 116 pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025 berjaya menamatkan latihan selama 45 hari dari 12 Januari hingga 25 Februari lepas di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN