Tanah mendap: Kerajaan Selangor perlu arah semua PBT perinci kawasan berisiko - Utusan Malaysia

Tanah mendap: Kerajaan Selangor perlu arah semua PBT perinci kawasan berisiko

EMPAT daripada lima kenderaan awam yang rosak akibat dalam kejadian tanah mendap dan runtuhan berhampiran longkang petang semalam di deretan kedai Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor perlu mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menjalankan pemeriksaan terperinci di seluruh kawasan yang berisiko tinggi berlaku tanah runtuh atau mendap di negeri ini.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu dianggap perlu dilakukan ekoran kejadian tanah mendap dan runtuhan di Lestari Perdana, Seri Kembangan kelmarin.

Kata beliau, pihaknya mengalu-alukan pengumuman bahawa satu kajian akan dilakukan pihak berkuasa ke atas kawasan di lokasi kejadian namun ia masih tidak memadai.

“Demi keselamatan rakyat, kajian perlu dilakukan di seluruh Selangor supaya kejadian seumpama itu tidak berulang di tempat lain.

“Terdapat banyak kawasan berisiko tinggi berlaku tanah runtuh atau mendap dan pemeriksaan segera perlu dilakukan selain pemantauan yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sebanyak 17 deretan kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana diarah untuk dikosongkan sementara waktu susulan kejadian tanah mendap di kawasan berkenaan.

Pengosongan itu dilakukan susulan terdapat pergerakan tanah yang masih aktif dalam jarak 150 meter kawasan terjejas. 

Kerja-kerja menanam besi cerucuk setinggi 12 meter turut sedang giat dilakukan bagi menghentikan sebarang pergerakan tanah. 

Mengulas lanjut, jelas Iskandar, pihaknya bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Namun, kita mungkin tidak akan bernasib baik pada masa akan datang,” katanya.

Justeru, beliau meminta kerajaan negeri perlu tegas dalam mengawal pembangunan di kawasan berisiko untuk menjamin keselamatan rakyat.

“Pemaju perlu diwajibkan memaklumkan pembeli rumah mengenai risiko menetap di kawasan tersebut. Kita tidak mahu pembeli rumah berasa tertipu apabila timbul masalah selepas mereka membeli kediaman mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya