Sukar kesan individu dedah maklumat dalam media sosial  - Utusan Malaysia

Sukar kesan individu dedah maklumat dalam media sosial 

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan pendedahan yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam laman sosial kerana mereka tidak mempunyai pengenalan diri sebenar.

Beliau menerusi hantaran di laman Twitternya memberitahu, sebab itu penguat kuasa malah mangsa yang difitnah tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mengetahui identiti mereka.

Malah kata beliau, pendedahan itu dilihat sebagai agenda pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti.

“Pihak-pihak tertentu berani membuat tuduhan liar dan fitnah di media sosial kerana tidak ada pengenalan yang sebenar.

“Oleh itu penguat kuasa atau mangsa tidak dapat ambil tindakan kerana tidak tahu identiti mereka. Ia agenda pihak tertentu mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti,” katanya.

Dalam pada itu, Musa berkata, setiap pendedahan yang dibuat, siasatan dilakukan tetapi mereka akan menuduh pihak berkuasa melindungi individu tertentu kerana tidak dituduh memandangkan tiada keterangan.

Jelas beliau, sekiranya ada pertuduhan, mereka ini akan mengatakan perkara itu adalah konspirasi dan penganiayaan.

“Penyokong dan pengikut mereka pula menambah cerita palsu lagi,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN