Suami maut ditikam isteri - Utusan Malaysia

Suami maut ditikam isteri

SUSPEK yang juga isteri mangsa ditahan anggota polis dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan, Seremban 2, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan RK 6/2, Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Nanda Maarof, dalam kejadian pada pukul 4.11 petang itu, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa yang memaklumkan bapanya telah ditikam di bahagian dada.

“Mangsa berusia 55 tahun. Mangsa tidak bekerja dan sebelum ini bertugas sebagai bekas akauntan syarikat swasta.

“Anak mangsa melalui panggilan telefon memaklumkan lelaki itu telah ditikam oleh suspek yang merupakan isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, mayat mangsa ditemukan di bahagian dapur dan pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kirinya.

“Mangsa bersama isterinya mempunyai empat orang anak. Ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian,” katanya.

Jelas Nanda, motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

“Susulan daripada laporan itu pihak polis telah menahan isteri mangsa dan sebilah senjata tajam yang digunakan telah dirampas.

“Proses reman ke atas suspek dan bedah siasat akan dijalankan esok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya