Penyelewengan kapal LCS : dua pegawai eksekutif ditahan - Utusan Malaysia

Penyelewengan kapal LCS : dua pegawai eksekutif ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu petunjuk baharu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dilaksanakan oleh Bousted Naval Shipyard.

Satu sumber mendedahkan, berdasarkan petunjuk tersebut SPRM telah menahan dua orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek tersebut.

Kedua-duanya berusia 79 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya ketika memberikan keterangan.

“Kedua-dua ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

“Seorang lagi, disyaki menerima rasuah daripada sub-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu, siasatan tertumpu kepada kesalahan di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, SPRM menerima aduan berhubung projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).

Laporan yang dibuat kepada SPRM adalah bagi membuat siasatan ke atas pelaksanaan projek tersebut susulan kegagalan pihak berkenaan menyerahkan kapal itu mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, LCS pertama sepatutnya diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada April 2019 dan bayaran sebanyak RM6 bilion juga telah dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN