BKSA nafi catuan air di Melaka, bekalan masih terkawal 

BKSA nafi catuan air di Melaka, bekalan masih terkawal 

BKSA menafikan pelaksanaan catuan air di Melaka yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Badan Kawal Selia Air (BKSA) Jabatan Ketua Menteri hari ini menafikan dakwaan pelaksanaan catuan air di Melaka yang tular di media sosial.

Menerusi satu kenyataan, BKSA memaklumkan, bekalan air di negeri itu masih dalam keadaan terkawal walaupun berdepan cuaca panas berpanjangan, memberi sedikit kesan kepada paras sumber air mentah.

“Paras air di tiga empangan utama iaitu di Empangan Durian Tunggal, Empangan Juz dan Empangan Asahan juga masih berada pada tahap normal meskipun menunjukkan sedikit penurunan antara 10 hingga 30 peratus susulan cuaca panas,” katanya hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui BKSA bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan bekalan air terus mencukupi dan stabil antaranya, mengoptimumkan operasi loji rawatan air,  penggunaan kolam dan tasik sedia ada.

Selain itu, usaha turut dilakukan mempertingkat pemantauan sumber air mentah secara berterusan serta mengurangkan kehilangan air melalui kawalan kebocoran dan penambahbaikan sistem agihan.

BKSA turut menyeru orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah dan mengelak pembaziran bagi memastikan bekalan air kekal mencukupi untuk kegunaan bersama.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi kerajaan negeri serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

BKSA menegaskan kerajaan negeri komited untuk meneruskan usaha-usaha berkenaan secara berterusan bagi memastikan bekalan air sentiasa terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN