Siti Kasim: Kenapa kerajaan perlu tanggung kos kuarantin jemaah umrah? - Utusan Malaysia

Siti Kasim: Kenapa kerajaan perlu tanggung kos kuarantin jemaah umrah?

SITI ZABEDAH KASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peguam Siti Zabedah Kasim membidas tindakan kerajaan yang menanggung kos kuarantin jemaah umrah di hotel dan pusat kendalian kerajaan.

Katanya, perbelanjaan tersebut seharusnya ditanggung oleh mereka sendiri yang memilih untuk keluar negara ketika waktu pandemik Covid-19 ini.

“Mereka ini harus menanggung perbelanjaan mereka sendiri seperti semua orang yang pulang dari perjalanan ke luar negara. Mengapa kerajaan menanggung kos? Mereka memilih untuk pergi ke luar negara semasa pandemik,” katanya menerusi laman sosial Twitternya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerajaan akan menanggung kos urusan kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.

Jelasnya, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

Bagaimanapun, jelas Siti Kasim, jemaah umrah itu tidak sepatutnya diberi layanan istimewa sehingga kos kuarantin mereka ditanggung kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.