Sindiket seleweng LPG di premis tidak berlesen tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket seleweng LPG di premis tidak berlesen tumpas

ANTARA tong LPG yang dirampas dalam operasi di sekitar Banting di Kuala Langat, Selangor kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kegiatan satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis tanpa lesen runcit sah sejak dua tahun lalu tumpas apabila diserbu pihak berkuasa di sekitar Banting di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan sepasukan penguat kuasa daripada Unit Serbuan dan Taktikal (STAS) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarah KPDNHEP negeri, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat dan risikan awal pihaknya mengenai kegiatan berkenaan sebelum ini. 

Katanya, premis yang diserbu disyaki menjalankan pemindahan LPG dari tong subsidi seberat 14 kilogram (kg) kepada tong kegunaan industri 50kg.  

“Ketika serbuan, seorang lelaki warga tempatan didapati berada di sekitar premis tersebut. Tindakan sitaan dibuat ke atas 402 unit tong LPG seberat 50, 14 dan 12kg serta barangan lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM62,448,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Muhamad Zikril, pemeriksaan awal mendapati premis itu memiliki lesen runcit yang sudah tamat tempoh sah pada 9 Januari 2020.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 antaranya disyaki memiliki barang kawalan dengan niat munasabah untuk melakukan kesalahan. KPDNHEP memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat supaya lebih bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan dan tidak sesekali melanggar akta berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya konsisten melaksanakan penguatkuasaan membanteras pelakuan tidak beretika yang melibatkan barang kawalan bersubsidi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai salah laku peniaga tidak beretika boleh membuat boleh mengemukakan aduan menerusi Portal e-aduan.kpdnhep atau menghubungi talian 1-800-886-800.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya