Semak semula sistem kemasukan sekolah berasrama - Utusan Malaysia

Semak semula sistem kemasukan sekolah berasrama

AZIZEE HASAN dan SABRI ARSHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu menyemak semula sistem kemasukan pelajar ke dalam sekolah berasrama bagi memastikan tujuan sebenar kewujudan sekolah tersebut tidak disalah erti oleh masyarakat.

Naib Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM), Datuk Sabri Arshad berpandangan,  pihak bertanggungjawab dan pentadbir sekolah perlu memainkan peranan penting dengan integriti yang tinggi.

Menurut beliau, fungsi asrama adalah untuk menempatkan pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah dan menetap jauh daripada kawasan sekolah hingga menyukarkan pelajar menghadiri kelas.

“Bagi memastikan fungsinya dipatuhi, ketegasan kerajaan dan pentabir perlu ada bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi. Perkara itu juga harus dijelaskan kepada ibu bapa pelajar serta libatkan juga persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

“Kepentingan akademik untuk masa depan pelajar itu penting, tetapi perlu beri keutamaan kepada mereka yang memerlukan segala penawaran diberi oleh asrama. Tidak bermakna kalau akademik pelajar lemah, mereka tidak boleh memasuki (asrama) walaupun ada kekosongan,” katanya semasa dihubungi oleh Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan, Kesatuan Guru Sabah (STU) mahu peranan asrama harian dikembalikan dan diperluas agar murid-murid di kawasan pendalaman tidak keciciran dalam pembelajaran.

Cadangan sama turut dikemukan oleh Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad yang ingin kerajaan mengembalikan fungsi dan peranan utama sekolah asrama.

Sabri berkata, masalah kekosongan tempat dan pelajar berada yang mungkin memenuhi beberapa syarat dan kriteria ditetapkan tetapi pihak pentadbir perlu memberi justifikasi yang jelas kenapa pelajar tersebut dipilih masuk ke asrama.

“Kalau pelajar itu memang tidak sepatutnya berada diasrama, maka pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan sewajarnya, kriteria pemilihan dan SOP perlu sentiasa dipatuhi. Wujudkan markah demerit supaya setiap pihak merasai keadilan,” jelasnya.

Senada dengan itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, Kementerian Pendidikan perlu mendedahkan data-data pelajar di sekolah asrama harian bagi memastikan desas-desus mengenai isu ini adalah tidak benar.

“Mereka perlu dedahkan, berapa banyak golongan pelajar daripada pendalaman atau B40 dan berapakah bilangan pelajar yang berkemampuan tetapi menuntut di sekolah asrama itu. Ia juga memudahkan kita untuk mengenali masalah serta mencari penyelesaian,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya