'Saya yakin rakyat Kelantan akan bersama UMNO' - Utusan Malaysia

‘Saya yakin rakyat Kelantan akan bersama UMNO’

AHMAD Jazlan Yaakub bersama pimpinan UMNO Kelantan dalam sidang akhbar di Kota Bharu. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan yakin rakyat negeri ini akan memilih untuk bersamanya selepas parti itu memutuskan untuk meninggalkan Muafakat Nasional (MN) dan berjuang bersendirian.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menerusi status Facebooknya yang bertajuk ‘Persahabatan Memerlukan Kejujuran’ hari ini.

Kata Ahli Parlimen Machang itu, beliau cukup sedar dan insaf bahawa jalan yang dipilih iaitu meninggalkan MN dan bergerak sendirian adalah jalan yang cukup sukar dan berliku.

“Walaupun UMNO Kelantan berada di dalam keadaan yang serba kekurangan, namun, saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa rakyat Kelantan akan bersama-sama dengan kita.

“Bila tiba masanya, kepalsuan akan lenyap dan akan zahirlah kebenaran,” katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut kenyataan itu dalam status akaun Facebook yang dikemas kini sebentar tadi.

Terdahulu, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk membawa hala tuju sendiri dan tidak lagi bekerjasama dengan Pas menerusi MN di negeri ini berkuat kuasa semalam.

Menurut Ahmad Jazlan, perkara itu diputuskan selepas pertemuan pihaknya dengan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob petang semalam.

Kata beliau, pimpinan UMNO Kelantan sepakat membuat keputusan itu, susulan pendirian Pas yang masih mahu menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN