Pas perlu ketuai PN - Pemuda Pas

Pas perlu ketuai PN – Pemuda Pas

AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas perlu mengetuai Perikatan Nasional (PN) ekoran kemelut politik di Perlis yang membuktikan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memimpin gabungan itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ini kerana Bersatu gagal mengawal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk menandatangani akuan bersumpah bagi menolak Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.

“Tindakan Bersatu ini jelas mencerminkan kelemahan kepemimpinan. Kawan yang tidak mampu mengawal anak buah adalah kawan yang lemah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Kemelut politik Perlis membawa kepada peletakan jawatan Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar berikutan penarikan sokongan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bagaimanapun kemelut tersebut berakhir selepas Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri itu, Abu Bakar Hamzah yang juga ADUN Kuala Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Pas mengambil tindakan memecat tiga ADUN yang terlibat sekali gus menyaksikan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Menurut Afnan Hamimi lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan Pas sebelum ini, jawapan yang diberikan Bersatu ialah tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN berkenaan untuk menandatangani SD tersebut.

“Apabila didesak supaya mengambil tindakan tegas seperti yang pernah dilakukan Pas, tiada sebarang tindakan diambil.

“Malah, nama individu terbabit dihantar pula sebagai calon Menteri Besar. Dengan apa yang berlaku di Perlis ini, jelas menunjukkan Pas amat layak mengambil alih kepemimpinan PN,” jelasnya.

Afnan Hamimi menambah, kegagalan Bersatu mengambil tindakan terhadap ADUN mereka seolah-olah memberi restu kepada perbuatan menolak Mohd. Shukri sebagai Menteri Besar Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×