Saya tak nampak apa-apa bala - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Saya tak nampak apa-apa bala – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyelar tuduhan seorang pemimpin UMNO kononnya Pas membawa bala kepada parti itu. 

Abdul Hadi berkata, Pas tidak melihat sebarang melapetaka buruk dalam hubungan Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara kedua-dua parti. 

“Itu kena tanya UMNO lah, apa balanya? Saya tidak nampak apa-apa. 

“Biar pemimpin yang cakap itu beritahu apakah balanya,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berang dengan dakwaan Abdul Hadi kononnya majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong kerjasama MN.

Nur Jazlan berkata, Pas bukan parti yang kuat, malah sikap walak ahli-ahli parti itu kepada pemimpin telah membawa bala kepada UMNO. 

Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong penuh kerjasama MN sekali gus beliau yakin usaha rundingan kerusi dengan parti itu mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya