Saham Azam Baki: Lebih banyak persoalan berbanding penjelasan - Utusan Malaysia

Saham Azam Baki: Lebih banyak persoalan berbanding penjelasan

MOHAMED HANIFF KHATRI ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat banyak persoalan berbanding jawapan walaupun Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberi kenyataan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, hal ini kerana wujud isu utama iaitu membabitkan pemilikan saham dalam kalangan penjawat awam dan ia perlu diisytiharkan di samping menetapkan jumlah ditetapkan.

“Persoalannya, bilakah siasatan ini akan diadakan? Malah Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Tan Sri Dr. Rais Yatim telah menyatakan perkara sama bahawa ia wajar disiasat pihak berkuasa sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Ketua Pengarahnya untuk melihat jika ada pelanggaran undang-undang dalaman membolehkan tindakan tatatertib lanjut diambil,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, SC menjelaskan bahawa inkuiri pemilikan saham oleh Azam tidak dapat memuktamadkan mengenai pelanggaran undang-undang di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

SC membuat kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan mengenai Seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Azam.

Sehubungan itu, Haniff Khatri mengesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas seperti yang disyorkan beliau dan pelbagai pihak.

“Adalah tanggungjawab Peguam Negara untuk mengambil peranan ini dalam menyelesaikan siasatan walaupun jika kita menerima kenyataan SC yang kononnya telah menutup siasatan dan tiada kesalahan berkaitan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda),” katanya lagi.

Haniff  Khatri berkata, Azam sendiri wajar mencadangkan siasatan dibuat secepat mungkin kerana beliau pasti hendak membersihkan namanya.

“Azam tidak lagi bersalah walaupun dihadapkan ke mahkamah kerana segalanya bergantung kepada keputusan mahkamah kelak,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya