Ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah sehingga 7 malam - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah sehingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Amaran MetMalaysia sering dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN