Ribut petir di tujuh negeri - Utusan Malaysia

Ribut petir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri antara pukul 6 sehingga pukul  7 petang ini.

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Johor, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan  Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri  Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang  Muallim) dan Selangor.

“Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson), Johor (Batu Pahat dan Pontian) dan Kuala Lumpur,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tambah Met Malaysia, bagi Sarawak, ribut petir dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam dengan melibatkan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Limbang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya