fbpx

30 Jun 2022, 8:36 am

  TERKINI

Rapid Penang perkenal bas dua tingkat, beroperasi 1 Februari ini

PENDUDUK Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat yang akan dikendalikan oleh Rapid Penang bermula 1 Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penduduk Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat yang dikendalikan oleh Rapid Penang bermula, 1 Februari ini sekali gus bakal memberi imej baharu kepada sistem pengangkutan awam di negeri itu.

Bas yang berkonsepkan akses universal itu mampu membawa seramai 108 penumpang pada satu-satu masa dan dilihat mampu menangani permintaan serta kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan. 

Ketua Wilayah Utara Rapid Penang, Ku Jamil Zakaria berkata, pengoperasian bas dua tingkat itu dilaksanakan di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau dan laluan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung. 

Jelasnya, pemilihan laluan itu berikutan kedua-dua laluan tersebut mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi.

“Pengoperasian bas dua tingkat ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi keselesaan kepada penumpang terutama melibatkan kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan Relau. 

“Selain itu, inisiatif ini juga dijangka dapat meningkatkan lebih ramai penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang serta dapat mengurangkan masa penumpang untuk menunggu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ku Jamil, para penumpang boleh menggunakan aplikasi PULSE yang dibangunkan oleh Prasarana yang dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus untuk membantu merancang perjalanan mereka. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI