Pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan diserbu

Pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan diserbu

PEGAWAI JIM memeriksa dokumen GRO warga Korea dalam serbuan di sebuah premis di Mont Kiara, Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan sebuah pusat karaoke yang menawarkan gadis Korea Selatan sebagai peneman berhibur, terbongkar selepas premis beroperasi di Mont Kiara dekat sini diserbu pihak berkuasa.

Pusat karaoke berkenaan bukan sahaja dikesan dikunjungi pengunjung biasa tetapi juga menjadi sasaran golongan kenamaan (VIP) dengan menyediakan pakej bilik eksklusif dengan layanan istimewa.

Hasil serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pukul 11 malam tadi, sebanyak enam wanita warga Korea Selatan ditahan selepas disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Pengarahnya, Syamsul Badrin Mohshin berkata, selain mereka, sebanyak tiga lelaki terdiri daripada dua warga Korea Selatan dan seorang warga Pakistan turut ditahan ketika serbuan itu.

Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, premis itu menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan wanita warga asing berusia antara 24 hingga 46 tahun sebagai pelayan istimewa dari bilik ke bilik pelanggan.

“Mereka memperoleh bayaran sebanyak RM500 bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan selain menerima tip daripada pelanggan.

“Bayaran bagi setiap bilik pula mencecah sehingga RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, kata beliau, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas ekspatriat.

Dalam serbuan berasingan, Syamsul Badrin berkata, JIM Kuala Lumpur menyerbu tiga pusat urut dan refleksologi di Pandan Indah, Ampang di sini.

Menurutnya, seramai 23 individu diperiksa dan tujuh daripadanya ditahan membabitkan enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Vietnam.

“Bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam,” jelasnya.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan mengikut Akta Imigresen 1959 dan 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya