Sze Fei-Izzuddin, Arif-Roy King berebut slot suku akhir

Sze Fei-Izzuddin, Arif-Roy King berebut slot suku akhir

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Arif Junaidi-Yap Roy King akan bertembung sesama sendiri bagi merebut slot suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Kallang, Singapura, esok.

Pasangan profesional itu dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan ke atas beregu pecah ganding Taiwan, Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng 21-18, 10-21, 21-19 dalam masa 51 minit pada pusingan pertama.

Sze Fei-Izzuddin yang kini melonjak satu anak tangga ke ranking No. 8 dunia bakal menghitung pertemuan dengan rakan senegara, Arif-Roy King di peringkat 16 terbaik.

Arif-Roy King yang merupakan beregu No. 17 dunia menewaskan gandingan ke-33 dunia, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami dari Jepun 21-12, 21-19 dalam masa 31 minit.

Kemenangan yang dicatat Arif-Roy King meletakkan mereka kini mendahului rekod pertemuan dengan Nomura-Shimogami kepada 2-1.

Malah, beregu bimbingan ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi itu juga berjaya membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada Nomura-Shimogami pada Terbuka India, Januari lalu.

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi gandingan profesional Malaysia, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi yang tumpas di tangan beregu No. 5 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 18-21, 19-21 dalam masa 33 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN