SHAH ALAM: Hotel Glenmarie Golf & Resort di sini menjadi tumpuan apabila beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir mesyuarat dipercayai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Mereka yang hadir adalah Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Bersatu Negeri Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ahli Parlimen Mersing yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
Kesemua mereka dilaporkan tiba di lokasi kira-kira pukul 3 petang sebelum mesyuarat bermula sekitar pukul 4 petang dan dijangka berlangsung selama dua jam.
Sabtu lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad memaklumkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas kerajaan negeri hanya mempunyai kelebihan satu kerusi.