PPS terakhir di Johor tutup hari ini - Utusan Malaysia

PPS terakhir di Johor tutup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Keadaan banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Agama Gemereh, di sini ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.

Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, PPS tersebut sebelum ini menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.

“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing. Terjejas dengan keadaan banjir yang termenung dan berlumpur menyebabkan mereka menjadi kumpulan terakhir di daerah serta negeri ini dibenarkan pulang,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama Gemereh di sini, hari ini.

PPS Sekolah Agama Gemereh mula diaktifkan pada pukul 2 petang sejak 1 Januari lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 68 PPS dibuka sejak 1 Januari lalu bagi menempatkan 4,161 mangsa banjir daripada 1,095 keluarga dari sekitar daerah Segamat, Gemereh, Jementah,  Batu Anam, Tenang Stesen , Kampung Tenang, Chodan, Tekam, Kampung Limau Manis dan Kampung Spang Loi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya