fbpx

Polis cari pemandu Toyota Innova hitam

peniaga lemas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis giat mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berwarna hitam bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan penghantar makanan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kerjasama individu berkenaan amat diperlukan sebagai saksi nahas tersebut.

“MPV itu dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan kita minta kerjasama pemandunya untuk tampil memberikan keterangan sebagai saksi kemalangan.

“Selain itu, orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, Mohamad Haszaniza [email protected] Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah Mercedes Benz, gara-gara mengelak MPV yang memasuki laluannya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI