PM hadir melawat Tun M

PM melawat Dr. Mahathir di IJN

ISMAIL Sabri Yaakob ketika tiba di IJN kira-kira pukul 5.35 petang tadi. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Institut Jantung Negara (IJN) bagi melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini.

Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat masuk ke pekarangan pusat perubatan ini pada pukul 5.35 petang tadi.

Bekas Perdana Menteri kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat perubatan itu.

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat Tun M, keadaan Ahli Parlimen Langkawi itu dikatakan stabil.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya