Peniaga terima manfaat perumahan RM5 juta - Amirudin - Utusan Malaysia

Peniaga terima manfaat perumahan RM5 juta – Amirudin

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peniaga dan pemain industri dijangka turut mendapat limpahan manfaat Belanjawan 2022 kelak hasil daripada peruntukan awal RM5 juta untuk pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor di atas 145 ekar tanah yang telah dikenal pasti di seluruh negeri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan untuk projek tersebut menepati Akta 446 yang mampu menjanjikan keselesaan yang lebih baik untuk para pekerja.

“Iltizam yang sama dapat dirasai dengan sejumlah RM65 juta diperuntukkan untuk kesihatan awam dan RM27.5 juta untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah ditambah baik, serta RM1 juta untuk kehidupan berdikari (Independent Living Centre) yang mampu melegakan banyak pihak.

“Marilah bersama-sama melipatgandakan kerja baik yang kita usahakan dan dengan penuh yakin membangunkan semula negeri dan negara yang terkesan dengan Covid-19 dan bencana banjir yang terbaharu,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.

Beliau menambah, tahun 2022 dengan zodiak harimau air bakal menjanjikan pengalaman yang berbeza dengan tahun lepas.

“Sambutan kali ini tidaklah semeriah pra Covid-19 tetapi rakyat boleh menarik nafas lega dalam persekitaran yang kini dianggap endemik dan dapat bersua muka dengan keluarga dan rakan-taulan yang tercinta.

“Dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat dan Selvax oleh kerajaan negeri, kadar vaksinasi tinggi yang dicapai di Selangor diharap bakal memberi perlindungan yang secukupnya selagi rakyat mematuhi prosedur operasi standard operasi piawai (SOP),” katanya.

Jelasnya lagi, harimau melambangkan keberanian, daya saing dan keyakinan diri serta dianggap raja rimba dan mengambil semangat itu,  kerajaan negeri turut mempunyai aspirasi yang serupa untuk belanjawan tahun ini.

“Ini diterjemahkan dalam penerokaan lebih berani dalam agenda digitalisasi dengan penubuhan Selangor Digital School serta peruntukan yang signifikan untuk e-sukan (RM1.2 juta) selain penerusan Geran Padanan Digital SIDEC yang telah memberi lonjakan yang banyak kepada komuniti usahawan digital,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya