Pengimbas suhu tidak lagi diwajibkan - KJ - Utusan Malaysia

Pengimbas suhu tidak lagi diwajibkan – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan pengimbas suhu selepas ini tidak akan diwajibkan.

Sebaliknya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang ingin masuk ke mana-mana premis perlu merekodkan butiran diri menerusi aplikasi MySejahtera.

Katanya, perkara itu akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengimbas suhu tidak akan digunakan dan ia akan membabitkan pengumuman SOP seluruh negara.

“Oleh itu,  pengimbas suhu tidak akan diwajibkan di premis. Cukup sekadar MySejahtera,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini  hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.