Penasihat undang-undang perlu masa teliti kes Azam - PSC - Utusan Malaysia

Penasihat undang-undang perlu masa teliti kes Azam – PSC

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) terpaksa ditangguhkan kerana penasihat undang-undang Parlimen memerlukan masa untuk meneliti kes pemilikan saham Tan Sri Azam Baki.

Pengerusi JKPK, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, mesyuarat yang dijadualkan hari ini itu ditunda berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu daripada Pejabat Penasihat undang-undang Parlimen.

“Dengan mengambil kira beberapa isu berbangkit selepas surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Azam dan mendapat maklum balas daripada beliau, maka saya arahkan setiausaha mendapatkan pandangan penasihat terlebih dahulu.

“Penasihat undang-undang perlu mengambil masa untuk meneliti kes ini, kerana ia agak rumit dan tidak dapat memberikan jawapan sebelum Rabu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penangguhan mesyuarat dicadangkan sendiri oleh beberapa ahli jawatankuasa JKPK.

“Terdapat cadangan daripada beberapa ahli jawatankuasa agar mesyuarat tersebut ditangguhkan dan saya telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Penangguhan ini telah dimaklumkan kepada sembilan ahli jawatankuasa yang terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.