Skim usahawan tani Agrobank  x FAMA tawar kadar serendah 2.5 peratus

Skim usahawan tani Agrobank  x FAMA tawar kadar serendah 2.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5 peratus setahun.

Permohonan itu dibuka sehingga 31 Disember 2026.

Skim tersebut merupakan pakej komprehensif hasil kerjasama strategik antara Agrobank dan FAMA merangkumi pembiayaan, penabungan, perlindungan takaful, transaksi digital serta latihan keusahawanan percuma dalam aspek pengurusan kewangan dan pemasaran.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank mensasarkan seramai 1,000 usahawan tani menerima manfaat kemudahan pembiayaan mikro dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100,000 bagi setiap pelanggan.

“500 pelanggan terawal yang layak dan memohon Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA akan menerima manfaat pembiayaan mikro bersama barangan ekslusif Agrobank,” katanya dalam kenyataan.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar Tani Melawati baru-baru.

Bagi menyokong pendigitalan perniagaan, Agrobank juga akan menyediakan 200 unit DuitNow QR SoundBox secara percuma kepada pelanggan terpilih yang layak bagi menggalakkan penggunaan DuitNow QR Agrobank, memudahkan pengesahan bayaran secara lebih cepat dan selamat, serta meningkatkan penyertaan usahawan tani dan peniaga kecil dalam transaksi tanpa tunai.

Melalui kerjasama strategik bersama FAMA, Agrobank berharap Skim Khas Usahawan Tani Agrobank x FAMA ini dapat memberi impak langsung kepada usahawan tani melalui akses pembiayaan yang lebih mudah dan patuh syariah.

Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuh daya tahan perniagaan mikro serta menyokong pertumbuhan sektor agromakanan negara secara lebih inklusif dan mampan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA, sila layari, www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN