Pemimpin Islam dunia digesa bersuara nasib umat Islam India - Utusan Malaysia

Pemimpin Islam dunia digesa bersuara nasib umat Islam India

AZMI Abdul Hamid mengadakan sidang akhbar selepas menyerahkan surat bantahan dan memorandum mendesak India untuk mesti menghentikan kempen kebencian terhadap umat Islam dan minoriti kepada Perdana Menteri India, Nerendra Modi kepada wakil Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh pemimpin Islam dunia digesa menyuarakan pendirian mereka untuk mengatakan bahawa mereka tidak bertolak ansur dengan ancaman dan maruah umat Islam di India.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Azmi Abdul Hamid berkata, hal ini kerana susulan kenyataan terbuka kumpulan dan pemimpin agama di India yang menyeru agar dilakukan pembersihan etnik umat Islam di negara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya mendesak agar dihentikan serta-merta kempen kebencian dan kekejaman satu kumpulan nasionalis kanan India terhadap umat Islam manakala Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengutuk kempen kebencian dan mengambil sewajarnya untuk menekan India daripada melaksanakan dasar anti Muslim.

“Malah ulama Islam perlu berganding bahu dengan pemimpin bukan Islam menentang dasar perkauman terhadap minoriti di India. Malah pemimpin agama India perlu mengeluarkan kenyataan bersama untuk menolak mesej kempen kebencian antara agama kepada masyarakat India.

“Masjid-masjid sedunia wajar mengadakan solat dan khutbah khas pada hari Jumaat untuk menyelamatkan umat Islam daripada serangan lebih lanjut terhadap hak-hak umat Islam di India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau bersama wakil-wakil lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan surat bantahan dan memorandum desakan kepada  Perdana Menteri India, Nerendra Modi untuk menghentikan kempen kebencian terhadap umat Islam dan minoriti di negara itu.

Surat dan memorandum itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia , BN Reddy untuk dimajukan kepada Perdana Menteri India di pejabat pesuruhjaya itu di ibu negara hari ini

Sebelum ini seruan bunuh dan menyerang tempat ibadat Islam dilaungkan para penceramah sidang kemuncak pada 17 Disember lalu di bandar Haridwar anjuran sebuah pertubuhan penuh kontroversi yang dikaitkan dengan parti pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Selain itu, Azmi berkata, pihaknya menyatakan bantahan keras terhadap kempen kebencian beramai-ramai oleh kumpulan nasionalis dalam kalangan penyebar ideologi Hindutva yang menyasarkan umat Islam dan minoriti. 

Beliau memberitahu pihaknya bimbang ucapan menghasut itu boleh mendedahkan ancaman kepada nyawa umat Islam di negara India.

“Jika tidak berlarutan akan berlaku peningkatan pertumpahan darah dan umat Islam di seluruh dunia akan meletakkan kerajaan India bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya