Pelbagai bantuan banjir tiada kena mengena dengan PRU - PM - Utusan Malaysia

Pelbagai bantuan banjir tiada kena mengena dengan PRU – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai bantuan banjir yang disalurkan kerajaan kepada mangsa terjejas tiada kena mengena dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, ia merupakan tanggungjawab dan juga kewajipan kerajaan bagi membantu setiap rakyat yang memerlukan bantuan.

“Bukan sahaja kerajaan Pusat malah kerajaan-kerajaan negeri pun banyak bantu. Terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang kerana turut memberikan bantuan tunai (RM500) kepada mangsa terjejas banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Mengulas tindakan individu tertentu mengambil kesempatan menipu sebagai mangsa banjir demi mendapatkan bantuan, Ismail Sabri berkata, kerajaan mempunyai kaedah mengenal pasti mangsa yang benar-benar terjejas.

“Pegawai-pegawai daerah akan bekerjasama dengan ketua-ketua kampung untuk kenal pasti setiap mangsa terlibat dengan musibah banjir.

“Sebab itu kita perlu kerjasama daripada setiap ketua-ketua kampung kerana mereka yang mengetahui mangsa terlibat. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan mengesahkan kepada pejabat pegawai daerah,” katannya.

Beliau dalam pada itu tidak mahu memberikan amaran kepada individu yang sengaja mengambil kesempatan menipu kononnya merupakan mangsa banjir.

“Saya tidak mahu beri amaran pada sesiapa, cuma kita perlu jujur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.