Pekerja penghantaran lancar mogok, hilang RM5,000 sebulan. - Utusan Malaysia

Pekerja penghantaran lancar mogok, hilang RM5,000 sebulan.

SEBAHAGIAN pekerja perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular yang mengadakan mogok kerana tidak berpuas hati dengan syarat baharu majikan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Tindakan mogok oleh pekerja perkhidmatan penghantaran sebuah syarikat e-dagang popular turut berlaku di negeri ini sekali gus dijangka menjejaskan perkhidmatan tersebut untuk tempoh beberapa hari. 

Tindakan mogok itu diambil mereka kerana tidak berpuas hati dengan notis berhubung kontrak baharu berkaitan gaji yang didakwa merugikan pekerja dan diberikan dalam tempoh singkat oleh syarikat. 

Seorang pekerja, Mohammad Aidil Hafizuddin Mohd. Fauzi, 24, berkata, kontrak baharu itu boleh menyebabkan mereka kehilangan pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan sekali gus disifatkan satu penindasan. 

“Sudahlah notis untuk kontrak baharu sangat singkat iaitu diberikan pada 31 Disember lalu dan perlu ditandatangani hari ini (semalam) membuatkan kami tidak banyak masa untuk berfikir. 

“Sebelum ini kami dibayar tetap RM180 sehari untuk 40 bungkusan pertama beserta komisen lain dengan parcel tambahan, namun mengikut kontrak baharu tiada lagi bayaran tetap dan kadar komisen yang lebih rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Difahamkan, mogok serupa turut diadakan serentak oleh pekerja perkhidmatan penghantaran itu di seluruh negara hari ini.

Menurutnya, kontrak baharu itu menjejaskan mereka yang menggunakan van untuk penghantaran barangan kerana terpaksa menanggung pelbagai kos penyelenggaraan. 

Sementara itu, K. Ganeshwaran, 24, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian kerana baru sahaja membeli sebuah van baharu bernilai RM108,000 dengan bayaran ansuran bulanan kira-kira RM1,600. 

“Saya buntu kerana syarat baharu ini akan menyebabkan saya  menanggung beban kerana kerana perlu membayar ansuran van yang tinggi. 

“Buat masa ini saya tidak dapat menandatangani kontrak dan tidak dapat menghantar barang kepada pelanggan,” katanya yang telah bekerja selama dua tahun. 

Setakat ini, pihak pengurusan syarikat berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya