Pak Sabri tidak serik, terus aktif walaupun jatuh bukit

Pak Sabri tidak serik walau jatuh bukit

SABRI Ali di samping isterinya, Munah Mohamad ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu, semalam. – FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pemegang rekod pejalan kaki solo terjauh negara, Sabri Ali tidak serik bersukan dan terus aktif walaupun terjatuh pada ketinggian enam meter di Bukit Pejajat, Telaga Simpul di sini, Isnin lalu.

Sabri, 60, berkata, aktiviti berkenaan sudah sebati dengan dirinya, malah dia tidak sabar untuk kembali berjalan lebih 10 kilometer setiap hari, bermula esok selepas dibenarkan keluar hospital, semalam.

Katanya, kemalangan ketika menuruni bukit itu mengakibatkan dia menerima tujuh jahitan di kepala, bagaimanapun tiada kecederaan lain dilaporkan.

“Saya pernah beberapa kali mendaki bukit itu dengan menggunakan laluan berbeza dan ketika menuruninya, tali yang dipegang tiba-tiba terbuka hingga tidak sempat berpaut lalu terus terjatuh.

“Saya bimbang jika ada sebarang keretakan pada anggota badan dan syukur tiada kecederaan serius, cuma luka pada kepala di samping pinggang yang sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sabri mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) 2016 selepas berjaya menamatkan perjalanan sejauh 2,109.17 kilometer dengan me­lalui 49 lokasi di samping me­rentasi 14 negeri.

Dalam pada itu, katanya, buat masa ini tiada peranca­ngan untuk mencipta rekod berjalan kaki baharu, namun dia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya.

“Tetapi kalau ada pihak yang mahu saya membuat rekod baharu bagi tujuan mengumpul dana, di samping aktiviti promosi dan kerja amal, saya sedia untuk bekerjasama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN