OKT mati: Polis tunggu pandangan timbalan pendakwa raya - Utusan Malaysia

OKT mati: Polis tunggu pandangan timbalan pendakwa raya

KERATAN laporan Utusan Online
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menjalankan siasatan lanjut  berhubung kes kematian seorang orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, kelmarin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, selain itu, polis sedang menunggu pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan juga mendapati OKT tersebut mempunyai masalah kesihatan. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Buat masa ini dua anggota polis dan dua OKT ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azri berkata, ini adalah kes pertama dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) yang ditubuhkan di bawah JIPS pada 1 Januari lalu.

Media kelmarin melaporkan JIPS mengesahkan kematian seorang OKT lelaki berusia 63 tahun di lokap IPD Taiping pada 11 pagi.

OKT itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu.

USJKT kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Susulan itu, polis menahan dua orang kena tuduh (OKT) dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes.

Kesemua mereka direman bermula semalam hingga 20 Januari depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya