Luruan monsun dijangka berterusan hingga Selasa - Utusan Malaysia

Luruan monsun dijangka berterusan hingga Selasa

Ramalan MetMalaysia hujan di beberapa kawasan di Sarawak dilanda hujan dan ribut petir sehingga pukul 6 petang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)  menjangkakan luruan monsun luruan monsun berterusan hingga Selasa ini. 

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF) European Centre for Medium Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS). 

Beliau berkata, pada masa yang sama, pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu berpotensi menyebabkan hujan berterusan berlaku di utara Sabah, Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung. 

Malah katanya, barat Sabah dan Sarawak dijangka mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam. 

“Amaran Hujan Lebat Berterusan (Peringkat Buruk dan Waspada) telah dikemas kini bagi Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 3 Januari 2022, manakala di Kelantan, Terengganu, barat Pahang dan utara Sabah sehingga 4 Januari 2022. 

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 4 Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Muhammad Helmi menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk kepada laman web www.met.gov.my dan semua platform media sosial untuk semakan lokasi yang berkaitan.

“Selain itu, orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya