Lelaki nyaris rentung kereta terbakar - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris rentung kereta terbakar

PASUKAN bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Peugeot dipandunya terbakar di Jalan Kota Kemuning berdekatan sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 40 tahun terselamat selepas berjaya keluar dari kenderaan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian itu disedari pasukan kenderaan utiliti bomba yang kebetulan sedang membuat rondaan banjir di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan itu kemudian segera bertindak memaklumkannya kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Operasi itu disertai sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera yang tiba pada pukul 11.39 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati api masih marak dan pemandunya sudah keluar dari kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Norazam, kereta berkenaan terbakar kira-kira 50 peratus dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalan tempoh 15 minit.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN