Lebih 30,000 terpaksa pindah, 55 maut akibat banjir, dua masih hilang - PM - Utusan Malaysia

Lebih 30,000 terpaksa pindah, 55 maut akibat banjir, dua masih hilang – PM

SEORANG penduduk mendayung sampan di hadapan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chodan, Segamat. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 38,113 keluarga telah dipindahkan ke 1,112 buah pusat pemindahan sementara yang melibatkan 136,030 mangsa sejak monsun timur laut melanda negara tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Meskipun monsun timur laut masih belum tamat dan dijangka berakhir pada Mac 2022, pada ketika ini, semua pusat pemindahan sementara di seluruh negara telah ditutup sepenuhnya tetapi sentiasa bersedia pada sebilang masa sekiranya perlu dibuka semula,”  katanya dalam mesyuarat khas penggal keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula telah melaporkan sebanyak 55 kes kematian akibat bencana banjir luar biasa ini yang melibatkan 40 orang lelaki dewasa, 12 orang perempuan dewasa, dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Seramai dua orang mangsa dilaporkan masih hilang.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah serta menzahirkan rasa simpati yang amat mendalam terhadap mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat bencana ini yang turut mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kediaman serta harta benda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN