Langkah tangguh umrah tepat untuk cegah wabak - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Langkah tangguh umrah tepat untuk cegah wabak – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah adalah tepat bagi mencegah penularan varian baharu Covid-19, Omicron.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu selepas mengambil kira pandangan pakar-pakar perubatan di samping mendapat rujukan kerajaan Arab Saudi.

Malah katanya, solat Jumaat juga pernah ditangguhkan di Masjid Nabawi, Madinah susulan jangkitan wabak.

“Dalam Islam, perkara yang perlu diutamakan manusia ialah agama diikuti nyawa, akal, keluarga dan duit.

“Jadi dalam isu ini, kita kena jaga nyawa dahulu. Keputusan kerajaan betul, sebab mereka mendapat maklumat daripada ahli perubatan termasuk kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bermula 8 Januari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron itu dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN