Laluan NKVE KM19.65 - KM19.80 ditutup selama lima hari, lima jam - Utusan Malaysia

Laluan NKVE KM19.65 – KM19.80 ditutup selama lima hari, lima jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kilometer (KM) 19.65 hingga KM19.80 ditutup lima hari bagi tempoh lima jam bermula Sabtu ini. 

Penutupan sementara di kedua-dua arah laluan itu ditutup bermula pukul 12.01 malam hingga pukul 5 pagi pada 22 Januari hingga 26 Januari ini.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. memaklumkan, penutupan laluan bagi kedua-dua arah menuju ke Kuala Lumpur dan Klang itu bertujuan memberi laluan kerja pelancaran rasuk jambatan dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

“Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Klang akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Kuala Lumpur. 

“Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Kuala Lumpur akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd., pengguna Lebuhraya NKVE dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kebarangkalian kesesakan trafik yang tinggi.

“Pengguna di Lebuhraya NKVE dari arah Klang juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Kuala Selangor dan Tanjung Malim untuk menghala ke Utara bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda.

“Pengguna di Lebuhraya PLUS dari arah Utara juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya Latar dan Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Klang dan KLIA untuk menghala ke Klang bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda,” ujarnya. 

Tambah kenyataan itu, pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di beberapa kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan terkawal.  

“Sila patuhi had kelajuan yang disarankan serta arahan pengawal trafik dan berhati-hati memandu di dalam kawasan pembinaan.

“Sila hubungi kami di talian 1 300 88 5522 atau email [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya