Ramai juga sebenarnya yang bertanyakan hal ini kepada Poklip. Macamlah Poklip ini ahli nujum. Boleh meneka atau mengesahkan sesuatu. Bukan apa, bila bab gosip Poklip yang dicari.
Antara yang menjadi persoalan ramai adalah wajah baharu seorang artis ini. Lain macam bentuknya. Sampai menimbulkan tanda tanya, dia buat muka kah? Atau mengamalkan diet drastik ke?
Bukan apa, bila Poklip belek gambar-gambarnya di Instagram, jujur cakap memang ada perubahan. Daripada tidak ada rahang, tiba tiba ada malah semakin tajam sehingga boleh potong buah tau!
Takut.
Poklip malas hendak bertanya bab pembedahan plastik atau buat muka ini. Itu adalah pilihan peribadi. Lagi-lagi kalau berduit, terpulanglah nak buat bentuk apa pun. Cuma takut jadi semakin pelik.
Ada orang cakap, kalau sekali dah buat pembedahan plastik ini, hendak berhenti itu susah. Ada sahaja yang tak kena dan definisi sempurna itu akan berubah mengikut bentuk wajah yang diidamkan.
Sebenarnya ramai juga peminat sudah perasan tentang perubahan bentuk wajah penyanyi itu. Malah dalam ruangan komen juga sudah ada yang bertanya. Lebih-lebih lagi dia juga baru pulang dari luar negara.
Ada yang nakal bertanya, pergi buat muka ke? Jahat mulut! Tetapi kadang-kadang komen itu tiba-tiba hilang. Mungkin artis itu tidak selesa ditanya begitu. Kecil hati bila wajah setampan dan secantik itu dikatakan buat.
Mungkin sahaja teknik tatarias wajah yang semakin hari semakin moden. Yelah, daripada tak mancung boleh mancung. Daripada wajahnya sawo matang boleh jadi seputih salju. Jangan buat main!