Pogacar tambah koleksi kejuaraan di bumi Perancis

Pogacar tambah koleksi kejuaraan di bumi Perancis

TADEJ Pogacar menyarung jersi kuning pendahulu keseluruhan di atas podium peringkat ke-8 dan terakhir edisi ke-77 dalam perlumbaan berbasikal lebuh raya Criterium du Dauphine di Plateau du Mont Cenis, Perancis, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara bertahan Tour de France, Tadej Pogacar mengukuhkan status sebagai pelumba terhebat era moden apabila menjuarai keseluruhan Criterium du Dauphine 2025, lewat malam semalam.

Pelumba UAE Team Emirates itu menamatkan saingan lapan peringkat dengan kelebihan 59 saat (s) mengatasi pencabar utama, Jonas Vingegaard dari Denmark.

“Ia minggu yang luar biasa dan pasukan saya berjaya mempertahankan jersi kuning hari ini.

“Kami boleh pulang dengan rasa puas dan bersedia sepenuhnya untuk Tour de France,” kata Pogacar.

Pogacar yang kini memiliki 99 kemenangan profesional menamatkan peringkat terakhir di tempat ketiga dalam laluan berbukit sejauh 133.3 kilometer (km) dari Val-d’Arc ke Val-Cenis.

Peringkat itu dimenangi pelumba muda tuan rumah, Lenny Martinez, 21, yang membuat serangan berani dan menewaskan dua jaguh dunia di pendakian akhir.

Pelumba Jerman, Florian Lipowitz melengkapkan kedudukan tiga terbaik keseluruhan, manakala pelumba No.2 dunia, Remco Evenepoel dari Belgium di tempat keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN