Kes saham Azam Baki: DAP tawar khidmat guaman percuma kepada pemberi maklumat - Utusan Malaysia

Kes saham Azam Baki: DAP tawar khidmat guaman percuma kepada pemberi maklumat

LIM LIP ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP menawarkan khidmat guaman secara pro bono atau percuma kepada pengguna akaun Twitter, Lalitha Kunaratnam yang bertanggungjawab sebagai pemberi maklumat mengenai kes belian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. 

Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Lim Lip Eng berkata, tawaran itu diberikan melalui pasukan guaman parti untuk membela Lalitha yang akan diambil tindakan undang-undang oleh Azam. 

“Azam tidak wajar mengeluarkan surat tuntutan itu. Beliau sepatutnya meminta siasatan penuh terhadap dakwaan pertuduhan konflik kepentingan terhadapnya. 

“Oleh itu, pasukan guaman DAP Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan kepada Lalitha secara pro bono untuk mempertahankan  kesnya di mahkamah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kelmarin, Lalitha yang juga bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) mengesahkan telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Azam yang sebelum ini menyatakan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM. 

Baru-baru ini, Azam yakin dan menegaskan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat. Beliau antara lain tidak melihatnya sebagai isu apabila membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaun Azam membeli saham. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya