Kerajaan agih RM130 juta lindungi habitat harimau  - Utusan Malaysia

Kerajaan agih RM130 juta lindungi habitat harimau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan  mengagihkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada kerajaan negeri melalui program Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) sejak 2019. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, insentif berkenaan bertujuan melindungi dan mengembangkan habitat harimau di negara ini. 

“Aspek pelaksanaan pemuliharaan harimau adalah mahal. Oleh itu, sumber teknikal mencukupi dan kewangan yang banyak diperlukan untuk melaksanakannya secara berkesan.

“Oleh itu, adalah penting untuk sumber mobilisasi dan mekanisme kewangan yang mampan dilaksanakan,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Menteri Asia Keempat Mengenai Pemuliharaan Harimau (AMC4) di ibu negara semalam. 

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ucapan itu dirakam sehari sebelumnya di Parlimen, pukul 12 tengahari kelmarin. Hadir sama dalam program itu ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merangkap Pengerusi AMC4 dan Menteri Pertanian dan Hutan Bhutan yang juga Pengerusi Forum Harimau Global, Lyonpo Yeshey Penjor. 

Mengulas lanjut, kata Ismail Sabri, Malaysia sudah mengambil peranan untuk pemeliharaan harimau dan pemuliharaan biodiversiti secara serius di peringkat antarabangsa. 

Beliau antara lain berbangga menjadi pihak dalam senarai luas biodiversiti berkaitan konvensyen pelbagai hala termasuk Konvensyen mengenai Biologi Kepelbagaian (CBD) dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Liar Flora dan Fauna (CITES). 

“Negara juga bekerjasama dengan pelbagai agensi antarabangsa untuk memerangi perdagangan hidupan liar haaram termasuk Kumpulan Kerja ASEAN dan Penguatkuasaan Hidupan Liar (AWG CITES & WE) dan Polis Antarabangsa (Interpol),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN