Kecoh, Kampung Kelongkong 'diserang' babi - Utusan Malaysia

Kecoh, Kampung Kelongkong ‘diserang’ babi

COMEL Khudrat (kiri) dan Rahimah Kassim menceritakan mengenai masalah babi yang ‘menyerang’ kampung mereka di Tanjung Kling, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rutin kehidupan kira-kira 400 penduduk Kampung Kelongkong, Tanjung Kling di sini berubah sekelip mata selepas kawasan itu ‘diserang’ puluhan babi hutan sejak bulan lalu.

Semalam satu video yang sempat dirakam penduduk kampung turut tular dalam media sosial memaparkan beberapa ekor babi berlari di hadapan rumah mereka sehingga menimbulkan suasana panik.

Menceritakan semula kejadian itu, seorang penduduk, Comel Khudrat, 62, memberitahu, dia hampir mengalami kecederaan selepas tersandung di pintu masuk rumahnya gara-gara terkejut dengan kemunculan haiwan tersebut.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika saya baru selesai membasuh baju di luar rumah.

“Tiba-tiba saya nampak babi hutan berkeliaran di laman dan menuju masuk ke kawasan rumah, teruslah saya berlari menyelamatkan diri sehingga tersandung di pintu masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rahimah Kassim, 76, berkata, sepanjang lebih 50 tahun menetap di kampung tersebut, dia tidak pernah melihat kemunculan babi dalam jumlah yang banyak.

“Makcik duduk sini dah lama, sejak bulan lepas memang banyak babi datang ke sini, setiap hari ada dan semalam makcik nampak penduduk kampung berlari ke sana ke mari kejar babi.

“Makcik hanya mampu halau babi guna mulut sahaja, nak berlari lutut sakit, rata-rata penduduk di sini memang dah takut nak keluar rumah sebab babi banyak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.