JPJ sasar RM4.12 bilion kutipan hasil tahun ini  - Utusan Malaysia

JPJ sasar RM4.12 bilion kutipan hasil tahun ini 

ZAILANI Hashim (tengah) menandatangani pelancaran Buku Takwim POL JPJ 2022 pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah dan Perhimpunan Setia JPJ Tahun 2022 di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM4.12 billion tahun ini berbanding RM4 bilion yang direkodkan tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, kutipan hasil RM4 bilion tahun lalu juga satu kejayaan walaupun terpaksa menempuh pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Beliau berkata, kejayaan itu dicapai hasil komitmen dan dedikasi semua warga JPJ termasuk rakan-rakan strategik JPJ di seluruh negara.

“Melihat kepada pencapaian tahun 2021, kami optimis dapat menyumbang RM4.12 bilion lagi tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Setia JPJ 2022 di sini hari ini.

Katanya, sasaran kutipan hasil itu dijangka dapat disumbangkan menerusi aspek penguatkuasaan dan pengenalan beberapa lagi produk perkhidmatan secara dalam talian.

Zailani berkata, pihaknya akan membuka 100 unit kiosk baharu di semua JPJ negeri dan 20 buah van bergerak JPJ tahun ini bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran.

Menurutnya, van bergerak JPJ ni akan digerakkan ke lokasi-lokasi tumpuan awam seperti di bangunan kerajaan dan fasiliti awam seperti hospital.

“Kami juga bertekad untuk merealisasikan usaha pendigitilan termasuk bagi perkhidmatan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), e-Kaunter dan e-Testing (sistem pengujian lesen memandu). Kesemua perkhidmatan secara atas talian ini akan dilaksanakan secara berperingkat sekali gus menawarkan alternatif kepada orang awam tanpa perlu ke kaunter,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya akan memastikan usaha pendigitilan itu akan dapat direalisasikan menjelang 2023.

“Menjelang tahun 2023 nanti, kebanjiran pelanggan ke kaunter-kaunter JPJ akan semakin berkurangan, kerana hampir kebanyakkan jenis-jenis perkhidmatan jabatan akan lebih banyak disajikan secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.