Bersama gesa semak semula garis panduan rumah ibadat bukan Islam

Bersama gesa semak semula garis panduan rumah ibadat bukan Islam

GARIS Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 yang diluluskan Kerajaan Negeri Selangor November lalu perlu disemak semula kerana ia menimulkan kegelisahan masyarakat bukan Islam. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 yang diluluskan Kerajaan Negeri Selangor November lalu perlu disemak semula kerana ia menimulkan kegelisahan masyarakat bukan Islam.

Parti Bersama Malaysia (Bersama) menyatakan, beberapa peraturan yang menimbulkan kebimbangan antaranya halangan membuka rumah ibadat bukan Islam di zon komersial dan had ketinggian struktur rumah ibadah.

Dalam kenyataan bersama, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu dibangkitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung itu wajar diberi perhatian kerana ia menyentuh kepentingan penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan agama lain di Selangor.

“Bersama ingin menyatakan solidariti kami dengan Chean Chung dalam perkara ini, yang nampaknya keseorangan menyuarakan isu yang menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia yang terkesan dengan peraturan baharu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebimbangan sama turut membabitkan syarat tidak membenarkan akses rumah ibadat bukan Islam ke jalan utama serta nisbah 5,000 penduduk kepada satu rumah ibadat bukan Islam.

Ujarnya, walaupun kerajaan negeri memaklumkan garis panduan itu belum dikuatkuasakan, hakikatnya ia sudah diluluskan dan menjadi rujukan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sebarang peraturan mengenai rumah ibadat, sama ada untuk penganut Islam atau bukan Islam, tidak wajar dibuat secara pentadbiran semata-mata.

“Perkara itu perlu mengambil kira pandangan pihak yang terkesan kerana ia boleh mencetuskan polemik sensitif sekiranya tidak diterima baik oleh masyarakat,” katanya.

Mohd. Rafizi dan Nik Nazmi turut menyentuh peranan ahli majlis PBT yang sepatutnya menyuarakan pandangan serta keperluan penduduk setempat berhubung permohonan rumah ibadat bukan Islam.

Katanya, ruang tolak ansur berdasarkan keperluan setempat perlu diberikan dan tidak seharusnya dikawal sepenuhnya oleh garis panduan di peringkat negeri semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN