Jenazah bapa Azizulhasni selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah bapa Azizulhasni selamat dikebumikan

JENAZAH Awang@Muda Embong selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jenazah bapa jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed di sini, sebentar tadi.

Allahyarham Awang@Muda Embong, 73, dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Rokiah Husain, kira-kira pukul 2.45 petang. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Awang@Muda meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Kampung Nibong Stesen kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu Azizulhasni dilaporkan terkilan tidak dapat pulang menghadiri pengebumian bapanya.

Abangnya, Mohd. Azrul Hafidz, 35, berkata, keadaan isteri adiknya yang sarat untuk melahirkan anak ketiga menghalang pelumba itu pulang ke kampung halaman.

“Azizulhasni memohon maaf tidak dapat balik berjumpa keluarga kerana isterinya,  Datin Athiah Ilyana Abd. Samat dijangka bersalin dalam masa terdekat. 

“Kami beritahu tidak mengapa sebab dia sudah berjumpa arwah ayah ketika pulang sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di sini, hari ini. 

Mohd. Azrul Hafidz berkata, Azizulhasni kembali ke Melbourne, Australia minggu lalu selepas bercuti sejak awal bulan, malah sempat memohon Allahyarham mendoakan urusan kelahiran isterinya.

Menurut Mohd. Azrul Hafidz, bapanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kelihatan sihat serta ceria ketika kepulangan adiknya walaupun sudah hampir enam tahun menderita strok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya