Harga ayam akan naik lagi - Utusan Malaysia

Harga ayam akan naik lagi

ALEXANDER Nanta Linggi bercakap kepada pemberita selepas membuat lawatan mangsa banjir di PPS SMK Sungai Rambai, Jasin, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN:Rakyat diminta bersedia dengan kenaikan semula harga ayam melebihi RM9.10 sekilogram selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling ayam segar dijangka dirombak semula dalam usaha memastikan sektor penternakan dapat mengeluarkan jumlah bekalan seimbang.

Katanya, kadar siling terkini diwartakan iaitu RM9.10 sekilogram didapati telah menyukarkan para penternak mengeluarkan bekalan diperlukan, susulan kos operasi mengalami peningkatan terutama membabitkan pembelian dedak dari luar negara.

“Semalam dalam sesi libat urus, kita telah berbincang dengan persatuan penternak dan mereka mengeluh kos operasi ternakan meningkat disebabkan pengimportan dedak ayam.

“Susulan itu kita akan mempertimbangkan semua harga siling ayam segar diwartakan sebelum ini iaitu RM9.10 sekilogram untuk mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP negeri, Norena Jaafar.

Tambahnya, pihaknya merayu agar rakyat bersedia dan dapat memahami situasi tersebut dalam usaha kementerian mencari mekanisme terbaik untuk mengimbangi harga serta jumlah bekalan diperlukan negara.

“Kita juga berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Agrobank dan Kementerian Kewangan untuk membantu penternak ini mengurangkan bebanan kos operasi.

“Kerajaan sebelum ini juga telah memberi kebenaran untuk MAFI mengimport ayam bulat sejuk beku (sebanyak 5.5 juta ekor sebulan) bagi membantu menampung kekurangan bekalan, namun setakat ini bekalan itu belum masuk lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN