Hanya 44 penduduk terjejas kebakaran tapak sampah pindah ke PPS - Utusan Malaysia

Hanya 44 penduduk terjejas kebakaran tapak sampah pindah ke PPS

HANYA 44 penduduk daripada kira-kira 400 orang yang tinggal berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Pulau Pinang yang terbakar sejak Rabu lalu berpindah ke dua PPS. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Hanya 44 penduduk daripada kira-kira 400 orang yang tinggal berdekatan tapak pelupusan sampah Pulau Burung,  di sini yang mengalami kebakaran ke dua pusat pemindahan sementara (PPS). 

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, tiada pertambahan penduduk ke PPS terbabit setakat pagi ini berbanding semalam. 

“Seramai 36 individu daripada lapan keluarga tinggal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah, manakala lapan orang daripada dua keluarga ditempatkan di SK Bakap Indah. 

“Keadaan di dua PPS itu adalah terkawal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Difahamkan, sebahagian lagi keluarga yang terjejas membuat keputusan tinggal di rumah saudara-mara selain ada yang masih berdegil untuk terus tinggal di rumah sendiri. 

Kebakaran seluas 6.5 hektar di tapak pelupusan sampah berkeluasan 16.2 hektar tersebut memasuki hari kelapan hari ini selepas kejadian itu mula dilaporkan berlaku petang Rabu lalu. 

Ekoran itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru diarahkan berpindah sementara berikutan kualiti udara yang tercemar. 

Sebanyak 10 buah sekolah berdekatan turut diarahkan ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan indeks udara menunjukkan bacaan AEGL 3 iaitu kepekatan udara yang memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa penduduk. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya