Hanya 20 % individu bekerja sendiri carum SKSPS di Kelantan - Utusan Malaysia

Hanya 20 % individu bekerja sendiri carum SKSPS di Kelantan

MOHD. Rusli Abdullah (dua kiri) menyerahkan cek khairat kematian kepada keluarga Allahyarham Nurul Syahirah M.Roni sambil diperhatikan Nora Yaacob (tengah) di Kampung Delima Wakaf Bharu, Tumpat, hari ini .- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kurang mendapat sambutan di Kelantan apabila hanya 20 peratus daripada kira-kira 43,000 individu yang bekerja sendiri mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, SKSPS diperkenalkan sejak 2017 dan berdasarkan jumlah pencarum, tahap kesedaran orang ramai di negeri ini untuk mencarum boleh dikatakan agak rendah.

“Setakat ini kumpulan bekerja sendiri yang mencarum kepada Perkeso menerusi SKSPS adalah melibatkan pemandu e-hailing seperti Grabfood dan Foodpanda, selain golongan  nelayan.

“Justeru kita berharap sangat individu yang bekerja sendiri dapat mencarum segera supaya jika berlaku musibah atau kematian, faedah caruman dapat diberikan kepada waris, sama ada ibu bapa atau ahli keluarga yang berumur bawah 21 tahun,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi penyerahan cek khairat kematian kepada waris pencarum, Allahyarham Nurul Syahirah M. Roni dan Allahyarham Muhammad Safuan Mohd. Shukri di Kampung Delima, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Penyerahan cek kepada waris kedua-dua pencarum tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd. Rusli Abdullah.

Mengulas lanjut Nora berkata, Perkeso sudah mengambil pebagai langkah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya membuat caruman seperti bekerjasama dengan setiap ADUN di negeri ini menerusi skuad prihatin.

“Perkeso juga mengadakan ceramah dan seminar setiap bulan di premis-premis. Oleh itu saya menyeru individu yang bekerja sendiri supaya merebut peluang ini yang merupakan sebahagian inisiatif kerajaan dalam Belanjawan 2022,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya