Hantaran Facebook 'Selamat Tinggal': Ahli Parlimen Kangar minta maaf kepada Najib - Utusan Malaysia

Hantaran Facebook ‘Selamat Tinggal’: Ahli Parlimen Kangar minta maaf kepada Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kekhilafan kerana berkongsi satu hantaran Facebook ‘Selamat Tinggal?’.

Noor Amin memberitahu, beliau mengakui kesilapan kerana berkongsi layar tersebut dan menurunkannya daripada perhatian umum setelah dibuktikan status itu tidak benar.

“Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik. Justeru saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya dalam Facebook beliau.

Dalam pada itu, Noor Amin memaklumkan beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap mereka yang gunakan gambar Facebooknya untuk mereka-reka tulisan yang bukan daripadanya.

Terdahulu Noor Amin memaklumkan, Najib telah tinggalkan komen di Facebook beliau untuk tunjukkan log aktiviti Facebooknya yang membuktikan status yang dikongsikan olehnya daripada sumber asal yang diambil daripada Tweet pembantu Dr. Mahathir Mohamad tidak benar.

“Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh cytro yang menjaga akaun Facebook beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu,” katanya.

Pagi tadi, Najib mengarahkan peguamnya untuk memulakan proses saman fitnah terhadap Noor Amin dan pembantu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd. Muhayeddin berhubung status Facebook ‘Selamat Tinggal’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN