Dulu harmoni, tapi kini Harimau Malaya berpuak - Utusan Malaysia

Dulu harmoni, tapi kini Harimau Malaya berpuak

PENGERUSI Badan Siasatan Bebas, Datuk Dell Akbar Khan.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jika kempen Piala AFF 2018 keharmonian dalam pasukan menjadi kunci utama kejayaan skuad Harimau Malaya melangkah ke final namun kegagalan kali ini mendedahkan pelbagai perkara.

Kegagalan sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura, dua bulan lalu bukan hanya kerana tempoh masa singkat dalam membuat persiapan namun kemesraan antara pemain juga gagal dibentuk apabila barisan pasukan kebangsaan berpuak-puak.

Perkara itu antara yang dapat dihidu Badan Siasatan Bebas membabitkan kegagalan pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF 202 di Singapura, dua bulan lalu.

Pengerusi Badan Siasatan Bebas, Datuk Dell Akbar Khan berkata, terdapat tiga ‘puak’ dalam skuad kebangsaan iaitu membabitkan pemain tempatan, kacukan dan naturalisasi.

Jelasnya, siasatan terhadap pemain mendapati terdapat suasana kurang harmoni ketika berada di Singapura sekali gus menjejaskan persefahaman antara mereka terutama ketika beraksi dalam pasukan.

“Timbul isu kurang harmoni dalam pasukan semasa di Singapura. Terdapat kumpulan yang dilaporkan oleh pemain namun kurang usaha nak rapatkan semula antara mereka,” katanya, dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal pertama 2021-2025, di sini, hari ini.

Tambah Dell berkata, terdapat banyak kekurangan yang timbul sejak dari awal skuad kebangsaan melakukan persiapan untuk menghadapi Piala AFF 2020 itu meskipun sasaran layak ke final diletakkan kepada anak buah Tan Cheng Hoe.

“Memang ada kekurangan daripada pihak FAM untuk menghantar jumlah yang sepatutnya boleh dihantar kerana undang-undang pertandingan membenarkan 30 pemain.

“Jadi FAM perlu menjawab kesilapan itu apabila ada sebahagian pemain dipanggil tidak dapat sertai (skuad kebangsaan).

“Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah pemain naturalisasi tetapi pemilihan pemain (Guilherme de Paula) tidak memberi banyak impak kepada pasukan. Mungkin dia menyerlah di domestik tetapi kemampuannya agak terhad untuk pentas antarabangsa,” katanya.

Selain itu, antara isu lain yang dibangkitkan adalah membabitkan ketiadaan pakar nutrisi yang dibawa ke Singapura menyebabkan isu kebajikan pemain tidak dapat ditangani dengan baik oleh pengurusan skuad kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya